My Blog List

t;

Monday, 11 August 2014

Senduduk Putih






pokok senduduk putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui , tidak seperti senduduk ungu yang meliar di merata-rata tempat . Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia banyak tumbuhan di kawasan kebun yang perlu dibasmi . Ramai yang menyatakan bahawa pokok senduduk putih ini mempunyai manfaat tersendiri , malah ada yang mengatakan pokok senduduk putih ini ada penunggu . Pelbagai pandangan yang diperoleh .

senduduk-putih2Pelbagai manfaat diperolehi jika digunakan dengan sebaik mungkin , pokok senduduk putih ini mempunyai harga pasaran yang tinggi kerana pokok ini jarang ditemui . Bak kata orang kampung ,  juga pokok ini jika ingin ditanam mestilah oleh orang yang baik sahaja , jika tidak pokok ini tidak akan tumbuh .

Antara manfaat yang dapat diperoleh daripada pokok ini adalah dapat menyembuhkan penyakit sendi ,  penyakit barah payu dara , mengubati resdung , menjadi penawar kepada bisa ular .Malah ia juga dapat meyembuhkan penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid tidak berhenti .

Yang menariknya , ada juga yang mengatakan pokok ini dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan . *perkara tidak tahu sejauh mana kesahihannya , ini hanya perkongsian dan dapat dikongsikan bersama anda .
___________________________________________________________________________________

daunsenduduk
 
Daun senduduk putih juga dapat merawat luka dan menghilangkan hanyir pada ikan .
 
___________________________________________________________________________
 
Ini merupakan bunga senduduk ungu .
 
 
________________________________________________________________________________
 
saya harap perkongsian saya kepada anda dapat memberi manfaat walaupun sedikit . In sha ALLAH . Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T , dan yang tidak berapa baik itu datang daripada diri ini . Sekian terima kasih . =)
 
 
 

No comments:

Post a Comment