My Blog List

t;

Monday, 4 August 2014

Menariknya Pertanian di Malaysia .

 
Assalamualaikum w.b.t , 

Selamat datang ke blog saya , disini saya ingin mengupas dan membongkar perkara yang seringkali dilekeh dan dipandang sebelah mata oleh segenap masyarakat Malaysia . Bukan mudah untuk membuka mata masyarakat Malaysia tentang pertanian , padahal tanpa sektor pertanian tiadalah sesuap nasi . Apa yang menariknya pertanian ?
   Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdaganagan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia . Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya .
 
Oleh yang demikian , negara-negara maju seperti Australia dan Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di negara mereka , malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan .



Malaysia merupakan negara pengimport makanan , bil imbangan dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan , walaupun negara kita dirahmati dengan tanah air yang subur , taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai . 


7 comments:

  1. first entry . heheh . doakan yang terbaik . =)

    ReplyDelete
  2. first entry . heheh . doakan yang terbaik . =)

    ReplyDelete
  3. jangan lupa melawat blog aq http://lovelypetcaringblog.blogspot.com/

    ReplyDelete